Sayur-sayuran cadang anjur demonstrasi bantah harga Kangkung turun

KUALA LUMPUR — Beberapa jenis sayur-sayuran hari ini mengumumkan cadangan untuk mengadakan demonstrasi aman bagi membantah penurunan harga sayur Kangkung yang dianggap ‘terlalu drastik’ dan akan membebankan golongan sayur tempatan. Tindakan ini diambil susulan pengumuman pengurangan harga kangkung kepada RM2 sekilo oleh YAB Perdana Menteri Mohd Najib Razak baru-baru ini.

TURUN HARGA: Sayur kangkung

TURUN HARGA: Sayur kangkung

Menurut presiden Persatuan Sayur-sayuran dan Buah-buahan Tempatan (PERSABUT), En. Kailan, komuniti sayur-sayuran tidak dapat menerima kenapa harga sayur Kangkung diturunkan dengan begitu mendadak tanpa sebab. “Kami tidak mengerti mengapa penurunan harga ini hanya membabitkan sayur Kangkung, dan tidak sayuran lain,” kata Kailan kepada para wartawan di pejabat PERSABUT di Kelana Jaya. “Adakah Kangkung lebih istimewa dari sayur lain? Lebih berkhasiat dan berserat tinggi?

“Ataupun, mungkin Kangkung mempunyai ‘hubungan’ yang lebih tinggi dengan sesiapa di Putrajaya?” sindir Kailan, sambil disambut dengan sorakan “Warna Sama Hijau!”, “Kangkung Bukan King!” dan “Kangkung Pakai Nasi Kangkang!” oleh para sayuran yang lain yang tidak dapat menahan perasaan marah.

Kailan juga melahirkan rasa khuatir permintaan terhadap sayuran lain akan terjejas.

“Cuba bayangkan, dengan penurunan harga yang tidak adil ini, Kangkung akan menjadi pilihan utama setiap kali anda semua ingin membeli sayuran di pasar. Setiap menu yang mempunyai sayur lain akan digantikan dengan kangkung!

KEBAJIKAN SAYUR TEMPATAN: Demonstrasi bagi memastikan keadilan untuk semua jenis sayur

KEBAJIKAN SAYUR TEMPATAN: Demonstrasi bagi memastikan keadilan untuk semua jenis sayur

“Bayangkan, timun di dalam nasi lemak diganti dengan kangkung? Pucuk paku, sawi, petai dan bermacam lagi ulam-ulaman untuk dimakan dengan sambal belacan, diganti dengan kangkung? Kobis dibiar terbuang oleh pengusaha-pengusaha restoran ayam penyet? Tidakkah pemimpin-pemimpin kita fikirkan tentang perasaan sayuran lain?” hujah Kailan, sambil menenangkan setiausaha PERSABUT, Cik Timun yang menangis tersedu.

“Kami tidak dapat menerima keputusan ini. Ketidakadilan ini perlu dilawan, dan kami sayuran lain telah memulakan kempen “NAIK” bagi menaikkan kembali harga kangkung,” kata Kailan. “Kempen ini akan bermula dengan perarakan ‘Sejuta Sayur’ pada hujung minggu ini, bermula dari Cameron Highlands dan akan berakhir dengan penyerahan memorandum bantahan kepada pihak kerajaan di Putrajaya. Kami harap setiap jenis sayur tempatan akan dapat bersama menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendapatkan keadilan kepada semua.

Kailan juga berkata, para sayuran tempatan berharap para pemimpin dapat memahami keadaan terdesak yang dihadapi oleh masyarakat mereka. “Kami tahu, mungkin para pemimpin dapat hidup mewah, dan makan hanya sayuran impot seperti Brokoli dan Asparagus. Mereka mungkin membuat keputusan tanpa mengetahui apa yang dirasa oleh sayuran watan. Tapi kami, sayur marhaen, tetap punyai harga diri dan akan mengambil apa juga jenis tindakan yang menjadikan harga semua jenis sayuran sama kompetitif, termasuklah tindakan undang-undang, jika perlu. Kami pentingkan prinsip sama rata, dan akan memastikan kebajikan semua jenis sayur terjaga.

Termasuklah sayur Kangkung.”

About these ads

3 Comments

Filed under National News

3 responses to “Sayur-sayuran cadang anjur demonstrasi bantah harga Kangkung turun

  1. had a good laugh! nice write

  2. Now finally a laugh. I can’t help thinking of all those kangkung business everywhere.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s